Assalamualaikum semua.Baru saja saya berkenalan dengan dunia blogging.Tadi g surfing internet banyak jugak blog yang wujud,macam2 lagi.Teringin jugak nak ada blog sendiri,jadi saya g minta pertolongan dari suami kebetulan suami bekerja sebagai Juruteknik Komputer,mesti beliau tahu..hehe.
So,lepas tu suami terus je daftar email dan terus signup blogger then wujudlah blog ni.Gembiranya saya sebab dah ada blog sendiri.Saya ni masih belajar selok belok dunia blogging,bagaimana nak tingkatkan pembaca di blog nak naikkan traffic,semua saya tak tau.Jadi kepada semua Blogger Senior kat dunia blogging ni kalau tersinggah kat blog saya,macam kurang je kan,dengan rendah dirinya saya ingin meminta pendapat dan idea bagaimana nak improvekan pengalaman saya ni.
Okeh,blog ni diberi nama Mama Qarmila sebab diambil sempena nama anak saya dan suami,Qarmila Nur Syifa.Baru je 6 bulan lah baby kitaorang.Kalau ada rezeki nanti tambah lagi InsyaAllah.Dan,blog ini saya akan fokuskan menu utama dia tentang Resepi Masakan Melayu.Mungkin disebabkan pengalaman dan minat,saya akan berkongsi pelbagai jenis resepi masakan melayu untuk semua pembaca walaupun dah banyak blog tentang resepi masakan dalam internet ni.Tapi saya akan pastikan blog ini tidak menyerupai mana2 blog masakan yang lain.Mana tau yang bujang yang dara kat luar tu tak reti nak memasak,reti masak tapi tak tahu nak anggarkan bahan dia,cer singgahlah kat blog saya ni InsyaAllah akan dapat membantu.
Setakat ini sajalah ucapan pengenalan dari saya,maaflah sebab tulisan ni buruk,dulu sekolah malas belajar sekarang,raselah...hehe.Maklumlah baru saja belajar tentang cara penulisan blog.Dan untuk post seterusnya akan menyusul kemudian iaitu pelbagai jenis resepi makan lauk pauk,kuih muih dan macam macam lagi yang saya tau untuk tatapan semua oke.Akhir sekali,Selamat Berkenalan kepada semua pembaca dan blogger lain!.#@mamaqarmilablogspot
No comments:
Post a Comment