Hye Asslamualaikum semua.Bertemu lagi kite di Blog Mama Qarmila ni.Semoga korang panjang umur selalu hendaknya ye.Untuk Posting yang seterusnya ini,saya akan berkongsi dengan korang cara cara memasak Daging Blackpepper.Pernah makan tak ni??tak pernah?tak tau nak masak macam mana??Jom terjah resepi kat bawah ni ye!!
Resepi Daging Masak Blackpepper.
Bahan2:(Untuk hidangan 1 orang)
1.Daging yang telah dihiris dan diperap bersama minyak bijan dan sos tiram.
2.2 ulas bawang putih dicincang halus.
3.Sos Tiram.
4.Minyak Bijan.
5.Sedikit lada Hitam( ditumbuk kasar )
6.Sedikit sos lada Hitam.
7.Kicap Manis ABC.
8.Seikat daun kucai.
9.Air rebusan ayam.
10.Serbuk Perasa Tumix.
Cara Memasak:
1.Panaskan kuali dan masukkan sedikit minyak.
2.Masukkan bawang putih(jangan sampai bawang putih hangus)
3.Terus masukkan air rebusan ayam.
4.Biarkan mendidih sekejap dan masukkan daging yang telah diperap.
5.Masukkan sedikit sos tiram(setengah sudu kecil)
6.Masukkan biji lada hitam yang ditumbuk(setengah sudu kecil)
6.Masukkan biji lada hitam yang ditumbuk(setengah sudu kecil)
7.Masukkan minyak bijan(beberapa titis sahaja)
8.Masukkan sedikit sos lada Hitam(setengah sudu kecil)
9.Masukkan Kicap Manis ABC( 2 sudu besar )
10.Masukkan serbuk perasa.
11.Pekatkan kuah dengan bancuhan tepung jagung.
12.Akhir sekali,masukkan daun kucai dan terus angkat untuk dihidangkan.
p/s
-Resepi diatas hendaklah menggunakan bahan yang telah saya sebutkan.
-Untuk memastikan daging lembut dan cepat masak,semasa memotong daging,pastikan anda tidak memotong mengikut urat/alur daging.Daging yang dipotong dan dihiris dengan betul serta diperap dengan sos tiram dan minyak bijan akan cepat masak dan tidak liat.
-Daun kucai jangan dimasak terlalu lama kerana ianya cepat layu,masukkan kucai selama kira2 5 saat sahaja.
-Jika kawan kawan nak rasanya lebih asli,gunakan air rebusan ayam bersama carrot dan leek.