Sunday, December 18, 2016

SENANGNYE NAK MASAK PADPRIK



Assalamualaikum semua,seperti yang telah saya bagitau sebelum ni yang saya akan mula berkongsi pelbagai jenis resepi masakan untuk tatapan korang.Dan untuk resepi yang pertama ini adalah Padprik.Reason saya bagi resepi ini sebagai pembuka resepi adalah kerana Padprik adalah masakan kegemaran encik Suami.

Mesti korang pernah makan padprik kan,rasanya memang sedap apetah lagi kalau padprik versi Thailand yang original.Seperti yang kita tau,terdapat banyak versi masakan padprik yang ada,ada yang merah dan ada yang putih.Tapi kali ini saya akan berkongsi resepi Padprik versi saya sendiri yang cukup simple dan marvelous boleh cuba kalau tak caye..Korang nak buat Padprik ape terpulang pada korang sendiri samada nak Padprik Ayam ke,Seafood ke,Daging ke kan.Tapi saya akan berkongsi cara buat Padprik Seafood.Macam mana tu??Cer terjah kat bawah ye!!

RESEPI PADPRIK SEAFOOD.

Bahan2:Untuk 1 orang(kalu nak buat untuk lebih dari 1,lebihkan sukatan)


1.Beberapa ekor udang( saya guna King Prawn,ade besar ckit )
2.5 ekor Sotong ( dihiris )
3.Minyak untuk menumis
4.Bawang merah 1 biji,Bawang putih 2 Biji (dihiris/ditumbuk)
5.Cili kisar.
6.2 Biji cili padi.
7.Sebatang serai Diketuk.
8.Kicap Manis (Pastikan Kicap Manis ABC)
9.Sos cili.
10.Secubit kiub tomyam (Pastikan kiub tomyam Knorr)
11.Sebiji tomato dibelah 4.
12.Sedikit air.
13.Sedikit sayuran ( Carrot,Kobis dan Brokoli Hijau.)
14.Serbuk Perasa (Saya Guna Perasa Tumix Chicken Stock)
15.Sedikit bancuhan tepung jagung.

Cara Memasak :

1.Panaskan Kuali dan masukkan sedikit minyak.
2.Masukkan serai yang diketuk,bawang yang telah ditumbuk dan sedikit cili kisar dan tumis sehingga pecah minyak.
3.Masukkan Udang dan Sotong dan gaul sehingga separuh masak.
4.Masukkan sedikit air ( kira2 setengah cawan sahaja)
5.Masukkan tomato yang dibelah.
6.Masukkan secubit sahaja kiub tomyam(kalau banyak sangat nanti ia jadi sangat masam.)
7.Sesudah mendidih masukkan 2 sudu besar kicap Manis ABC,dan sesudu besar Sos Cili.(kuah akan pekat sendiri sebab dah masuk kicap manis dan sos,kalau tak pekat masukkan tepung jagung.)
8.Masukkan serbuk perasa Tumix.
9.Akhir sekali masukkan sayur(sayur tak boleh masuk awal sangat nanti jadi sangat layu.)
10.Masakkan seketika dan angkat.Sedia untuk dihidangkan.
11.Kalau nak pedas,masukkan cili padi.

p/s 
Resepi diatas adalah masakan Padprik versi dan olahan  saya sendiri.
Resepi diatas hendaklah menggunakan bahan yang telah saya sebutkan.(Kalu pakai bahan lain nanti rasa tak same.)
Untuk memasak Padprik daging/Ayam,resepinya masih sama.

Maaflah sebab takdak gambar,hehe..harap pembaca semua boleh mencuba resepi diatas,kalau sedap bagitau kawan kalau tak sedap bagitau tuan ye. Semoga perkongsian resepi diatas dapat membantu kawan kawan mencupa resepi yang lain dari yang lain dan Selamat Mencuba!!#@mamaqarmilablogspot






 

No comments:

Post a Comment